Thursday, July 2, 2009

menjaga lidah

sabda RasuluLlah sallalLahualaihiwasallam:

"siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Hadith ini sabgat pendek tetapi mempunyai makna yang sangat dalam.Dengan lisan lah,maka akan terlihat kualiti seorang Muslim itu.Muslim yang mempunyai kualiti yang baik,akan menjaga lisannya sesuai dengan hadith tersebut."berkata baik ataupun diam.

ada juga golongan Muslim yang kurang sedikit kualitinya,mereka ini golongan yang selalu menghabiskan masa dengan melakukan prkara-perkara yang tidak berfaedah.
mengumpat,mengeji,mencela dll.

ada juga katogori orang yang biasa-biasa.seringkali menceritakan cerita-cerita yang tidak berfaedah.tidak salah bercerita,tetapi jika tidak berfaedah,lebih baik tinggalkan.

tidak lama lagi Ramadhan akan datang menerpa kita dan membangkitkan kita dari tidur.bulan inilah yang akan mengiji lisan kita.puasa bukan sahaja menjaga makan dan minum,bahkan lebih dari itu.

waAllahu a'alam.
peringatan buat diriku dan semua....

No comments:

Post a Comment